Sleep.
Lirik&Lagu : Suiko-Sama
Aku tulis lagu ni sebab aku rasa aku boleh jadi macam Thom Yorke yang tinggi dengan kokain(citations needed. Iqa Nab?) apabila aku minum coklat panas. Terbukti aku macam monyet mabuk pabila minum air/susu coklat panas/sejuk. Tambahan, aku baru lepas ulang berjutakali lagu Cigarettes and Chocolate Milk - Rufus Wainwright yang di-cover oleh Nataly Dawn. Aku ada tulis satu lagi lagu coklat panas. Memang betul-betul macam Thom Yorke yang tinggi dengan kokain(citations needed, again. Iqa Nab?). Tapi laptop bodoh(aku sendiri yang tolak jatuh dari katil setinggi aku agak dua kaki sebab selalu gila ulangmula dan lagipun itu laptop purba abang aku yang sudahpun menuju ke arah kehancuran waktu dia turunkan kepada aku) aku bodoh, jadi sudah hilang. Aku rindu lagu tu.
when i punched his guts to smithereens
did i punch him or did i punch a mannequin
thought i was sure for the time being
perhaps my new scars are still healing
the punching bag just punched me back
my sight, view, everything went black
someone hit me with a baseball bat
that time i wished i had nine lives of a cat
a cup of hot choc has the ability
to make me drift into the world beyond reality
but because i swallowed too much heat
i eventually drift myself to sleep,
sleep.
----------------------------------------------------------------------
Pancaran Ultra Lembayung.
Lirik&lagu : Suiko-Sama
Aku tulis lagu ni sebaik sahaja selepas membaca perkataan ini dalam buku 漢字(Kanji) : 紫外線(Shigaisen), yang bermaksud (seperti yang tercetak), Pancaran Ultra Lembayung, dan bukan Pancaran Ultra Ungu. Alang-alang aku sudah malas mahu ulang kaji untuk peperiksaan esoknya, apa lagi, tulislah sebijik lagu mencarut. Aku pilih albino sebab ramai orang kata aku putih. Sampai ada junior yang tanya/kata 'Mix ke?' '50% Banjar, 25% Cina, 12.5% Minangkabau, 12.5 ke bawah Melayu' 'Hm. Tapi macam mat saleh!' Sungguh, aku ini orang Nusantara.
kulit albino(sawo matang/hitam manis/ kuning langsat)ku sakit pabila terkena pancaran ultra lembayung
padahnya ingkar pesan mama waktu keluar rumah ku terlupa bawa payung
tanganku kucing sial cakar bercalar darah keluar aku terpekik terlolong
kaki digigit anjing gila aku jadi buta warna tiada siapa pun yang tolong
pancaran ultra lembayung, ultraman, ultra ungu
pancaran ultra lembayung, ultraman, ultra ungu
kulit setebal ozon sakit pabila terkena pancaran ultra ungu
padahnya ingkar pesan papa suruh belajar buat leka aku sudah jadi dungu
laci dalam minda bersepah semua neuron berpesta dalam minda yang semak
ini semua salah coklat panas buat aku hilang waras aku hampir hilang otak
pancaran ultra ungu, ultra perempuan, ultra lembayung
pancaran ultra ungu, ultra perempuan, ultra lembayung
kulit albino(sawo matang/hitam manis/ kuning langsat)ku sakit pabila terkena pancaran ultra lembayung
[kulit setebal ozon sakit pabila terkena pancaran ultra ungu]
padahnya ingkar pesan mama waktu keluar rumah ku terlupa bawa payung
[padahnya ingkar pesan papa suruh belajar buat leka aku sudah jadi dungu]
Saturday, June 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment