Sunday, March 20, 2011

Jerayawara Orang Berjaur.



Terima kasih Kamus Dewan Edisi Keempat!

-------------------------------------------

ding dong; pintu hati terbuka,
diiringi langit cerah.
yang disinari hikayat mawar;
terrabak isinya.

telusuri hikayat itu,
terdampar luas pidato presto,
hingga prejudis dibaham saja;
bagai kandungan berjalan tinggalkan rusam.

terkubur hasrat ibu; ke sorga.
bak lengkara tercapai hujungnya.

lahabau lagut cari jauhar,
hasta demi hasta,
terjunam dalam lembah rencana;
bahana ringkuk di fana.

dadanya terdabik kian tinggi;
gunung meruncing dilihatnya besut,
arakian melimpah hempedu di jari;
jalan keriting terjadinya kusut.

jenuh kali dihempas; tuli menjulang.
kelabakan tunggu kau kunjung pulang.

jenuh kali dihempas; tuli menjulang.
kelabakan tunggu kau kunjung pulang.
terkubur hasrat ibu; ke sorga.
bak lengkara tercapai hujungnya.

derhaka tertetak di dahi,
sesaat zarah didacing lagi...

-------------------------------------------------------

Two(actually three) songs recorded within four days. That's not healthy.

3 comments:

  1. ko tulis sendiri ke ni?
    tapi kalau ko tak tulis sendiri pun aku dah kagum dengan penyampaian ko ni...
    good job...

    ReplyDelete